Peringatan untuk kita  

Monday, May 16, 2005

Petikan ini diambil dari ukhwah.com.

InsyaAllah, agar semua dapat iktibar dan pengajaran daripadanya.
Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada
melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum".
Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan hanya menulis "S.A.W"
dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis"S.W.T" maka kali ini kita akan kehilangan
keaslian pada satu lagi kalimahsuci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum".
Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalamualaikum" adalahwajib dijawab oleh penerima
salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan
bahasa bukanArab. Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa.
Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam
pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum".

AddThis Social Bookmark Button


Mampukah aku..?  

Thursday, April 14, 2005

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya,
yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah,
harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

AddThis Social Bookmark Button


 

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jua Kita Akan Kembali Itulah Hakikat